Seperti syarikat-syarikat korporat lain yang begitu komited menyahut seruan kerajaan melalui tanggungjawab korporat sosial (CSR), Kumpulan Hektar juga tampil dengan kecenderungan dalam bidang pendidikan melalui Piala Hektar 2019.
‘Piala Hektar’ yang diperkenalkan melalui pertandingan bicara berirama atau ‘choral speaking’ sudah pun memasuki tahun kedua telah mendapat sambutan luar biasa sekurang-kurangnya dengan penyertaan 44 buah sekolah dari seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 1,200 pelajar telah menyertai pertandingan ini sebelum enam sekolah terbaik terpilih ke peringkat akhir.
Peringkat akhir pertandingan itu diadakan Hotel Classic bersebelahan pusat beli belah Wetex Parade, Muar yang kedua-duanya milik Hektar Property Services Sdn Bhd, anak syarikat Hektar Group of Companies, semalam.