Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian penduduk pada Program Sarapan Pagi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kopitiam Kheng Guan Hiong, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 10 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan kempennya di Tanjung Piai malam tadi, walaupun satu daripada beberapa program yang dijadualkan penyertaannya terpaksa dibatalkan.

Menurut sumber MalaysiaGazette, program yang dibatalkan itu ialah Bikers Berselawat Bersama Najib Razak yang dijadualkan diadakan di Dataran Pejabat UMNO Bahagian Pontian kira-kira jam 9 malam tadi.

Kata sumber itu, polis tidak meluluskan permit bagi program berkenaan dengan alasan lokasi itu tidak terletak dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Berikutan itu, program berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 9 malam tadi terpaksa dibatalkan dan Najib dikatakan meneruskan jadual lain untuk bersama pengundi di Tanjung Piai.

Namun, orang ramai mempersolkan tindakan polis itu kerana pada masa sama berlangsung konsert Malam Cinta Rasul anjuran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut mengundang penyanyi popular di Dewan Jubli Intan Pontian.

“Kita terima alasan polis tidak membenarkan program Biker Berselawat Bersama Najib Razak kerana kita menghormati undang-undang.

“Tetapi macam mana pula program kempen PH yang menggunakan tajuk Malam Cinta Rasul di depan Dewan Jubli Intan Pontian boleh dibenarkan?

“Dataran Jubli Intan itu termasuk dalam kawasan PRK Tanjung Piai ke? Takkan pihak berkuasa semudah itu dijadikan perkakas oleh parti pemerintah,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Di batalkan sebab kesemua mereka tarik diri…bila salah seorang yg fasih berbahasa cina mendengar perbualan pengundi cina MCA Tg.Puai yg teramat mengguris hati mereka (Melayu/Islam).pilihlah calon imam wahai sekalian pengundi Melayu dan Islam.,sbb itu adalah kàwasan majoriti Melayu dan islam.

    • Eeek baru skrg suruh pilih org kita…kalau x dulu sombong….apa2 je sokong puak DAP ..hina sultan agama bangsa…mereka jelah betul…skrg Atuk kau dah nak lemas nampak pulak org Melayu yg malas ni…nak terima dedak je…

Comments are closed.