TULSA, Amerika Syarikat – Sebuah pesawat American Airlines yang dalam penerbangan ke Salt Lake City dari Charlotte dilencongkan ke Tulsa apabila seorang lelaki didakwa meraba seorang penumpang.

Lelaki tersebut didakwa melakukan sentuhan seksual.

James Clayton Cholewinski-Boy, 32, telah didakwa pendakwa raya persekutuan, lapor ABC.

Seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam afidavitnya menyatakan Cholewinski telah menyentuh tangan seorang perempuan yang duduk di sebelahnya pada Selasa lalu dan wanita itu menolak tangan lelaki tersebut.

Wanita tersebut berkata, Cholewinski telah meraba kelengkangnya dan dia menolak tangan lelaki itu lalu menyuruh lelaki tersebut menghentikan perbuatan berkenaan.

Lelaki itu mengangkat tangannya dan meminta maaf.

Pramugari penerbangan itu memindahkan wanita tersebut dan anak perempuannya ke tempat lain.

Penerbangan American Airlines dari Charlotte, North Carolina ke Salt Lake City, Utah kemudiannya membuat pendaratan tidak berjadual di Tulsa, Oklahoma di mana Cholewinski ditahan.

Polis lapangan terbang mendakwa beliau dengan tuduhan berada di bawah pengaruh alkohol dan menyerahkan kes itu kepada FBI yang memfailkan aduan sentuhan seksual.

Pada April, ejen FBI di Los Angeles berkata, biro tersebut mdenerima 63 laporan mengenai serangan seksual dalam pesawat pada 2018, meningkat sebanyak 38 kes berbanding 2014.

Ejen tersebut, David Gates menabah” “Kebanyakan insiden yang berlaku tidak dilaporkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast