PONTIAN – Pakatan Harapan melontar amaran kepada pembangkang UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bermimpi kerajaan baharu yang terbentuk 18 bulan lalu tumbang.
Gobind Singh Deo berkata, niat pembangkang tidak akan berlaku sebaliknya kerajaan PH akan bertambah kukuh dan utuh untuk lima tahun dengan sokongan kuat rakyat majmuk kata, Gobind Singh Deo hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu membidas niat kotor seorang tokoh Kanan BN yang mendakwa BN menunggu kerajaan negeri Perak tumbang mereka membentuk kerajaan.
“18 bulan tunggu nak ambil kerajaan negeri 12 bulan tunggu nak ambil pusat, kerja dia fokus dia mahu tengok bila kita mahu jatuh sahaja.