Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong bercakap kepada media pada Program Ceramah Politik Pakatan Harapan bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di NR Food Court, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Senator Liew Chin Tong malam ini menyatakan kesediaannya untuk berentap dalam pilihan raya umum akan datang sebagai menyahut cabaran Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Pengerusi DAP negeri Johor itu juga dengan berani meminta Presiden MCA itu untuk menantikan cabarannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Tunggu pilihan raya akan datang saya pasti akan bertanding nanti,” katanya memberi bayangan akan mencabar semula pemimpin MCA itu di kerusi kebal Barisan Nasional di Ayer Hitam yang dipertahankan sejak 2004 lagi.

Ditanya sama ada jawapan beliau adalah merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke-15, Chin Tong menjawab: “Ya saya akan bertanding dalam PRU15, suruh dia (Ka Siong) tunggu untuk saya di sana (Air HItam).”

Chin Tong hadir mengulas kenyataan Ka Siong yang mencabar Chin Tong supaya bertanding dan menang pilihan raya kecil serta memasuki Dewan Rakyat menerusi pintu depan dan bukannya ‘pintu belakang’.

Katanya, Chin Tong sepatutnya bertanding di Tanjung Pia bukannya meletakkan calon PPBM.

“Ching Tong yang kalah dalam PRU 9 Mei lalu seharusnya diberi peluang kedua untuk membuktikan kemampuannya pada PRK kali ini,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast