Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

PONTIAN – Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) bersedia mendekati pengundi Tanjung Piai secara habis-habisan dengan 1,000 petugas pada dua hari terakhir berkempen.

Calonnya, Datuk Ir Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, ia merupakan pendekatan terbaharu beliau untuk mendekati pengundi di gerai dan masjid selain mendekati golongan nelayan dan pemandu teksi.

“Kita mensasarkan turunkan 1,000 petugas setiap hari menjelang dua hari terakhir dan saya mengambil pendekatan mendekati pengundi berkumpul ikut jadual waktu solat 5.30 pagi setiap hari di masjid berbeza dan sambutan sangat bagus sekali.

“PRK ini menyeronokkan sebab berkempen tanpa tekanan, memandangkan kami underdog selain suasana pilihan raya dan mungkin budaya setempat ini menunjukkan suasana tanpa tekanan.

“Suasana di Tanjung Piai agak berbeza yang mana gerai-gerai dan masjid tempat terbaik dekati pengundi, sambutan amat menggalakkan. Dua hari selepas penamaan calon minggu lalu mereka tak kenal saya tapi sekarang saya tak perlu lagi memakai kad pengenalan diri calon kerana ada sudah angkat tangan menegur saya,” katanya selepas meninjau proses undi awal di Ibu Pejabat Polsi Daerah Pontian hari ini.

Tambah Badhrulhisham, selaku calon bukan pilihan beliau sudah memperincikan kaedah mendekati pengundi kerana sebahagian mereka duduk di luar kawasan Parlimen itu.

Menurutnya, kehadiran Berjasa di Tanjung Piai adalah alternatif kepada pengundi kerana mereka sudah biasa dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini Alhamdulillah tiada serangan peribadi ke atas saya tapi kita tak tahu apa akan berlaku dalam baki tiga hari lagi sebelum 52,000 pengundi akan menjalankan hak demokrasi mereka Sabtu ini.

“Tapi apa yang saya tak sedap hati adalah ada serangan perbadi iaitu mempersoalkan umur calon PH Karmaine Sardini, itu tidak patut berlaku biar bersaing dan kemuka idea masing-masing dan biarlah rakyat menentukannya.

“Berjasa bawa satu pendekatan politik sihat bersaing satu sama lain, 60 tahun ada dalam negara merdeka kemudian 14 kali PRK, kenapa tak matang matang lagi, di UK dan Jepun pilihan raya cukup matang, lepas piloihan raya semua dalam keadaan kembali pulih. Semua negara ada masalah, tak dinafikan tapi marilah kita bertindak matang sikit tanpa mencetuskan keadaan tertekan,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast