Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi sedikit pagi ini disokong pembelian dalam kaunter tenaga, telekomunikasi dan yang berkaitan utiliti.

Bagaimanapun, peniaga berkata di pasaran yang lebih luas, sentimen masih waspada di tengah-tengah ketidakpastian berhubung kedua-dua rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan keadaan politik di Hong Kong.

Pada 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.86 mata kepada 1,612.01 berbanding 1,608.15 penutup Isnin.

Pada pembukaan, indeks utama itu dibuka 4.03 mata lebih tinggi pada 1,612.18.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 114 berbanding 63 dengan 162 kaunter tidak berubah, manakala 1,654 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 45.34 juta saham bertukar tangan bernilai RM15.47 juta.- BERNAMA