Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Dody Budi Waluyo (tiga kanan) berbual sesuatu dengan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Amiruddin Hamzah (tiga kiri) semasa sesi bergambar bersama ahli-ahli panel pada Festival Ekonomi Syariah Indonesia di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia. foto SYAFIQ AMBAK, 12 NOVEMBER 2019

JAKARTA – Ekonomi Syariah kini sudah menjadi penyelesaian yang paling tepat dalam menangani ketidaktentuan dan cabaran ekonomi konvensional global pada hari ini.

Timbalan Gabenor Bank Indonesia (BI), Dody Budi Waluyo berkata, ketidakpastikan ekonomi global yang berlarutan dan potensi pertumbuhan yang merosot memerlukan dunia mengenal pasti sumber kemampanan baharu.

Jika dibiarkan berlarutan, ketidaksetaraan global akan meningkat.

“Baik negara-negara yang memiliki fundamental ekonomi yang sukar mahu pun negara yang mempunyai asas yang sihat, semuanya mengalami tekanan akibat ketidaktentuan.

“Lantaran itu, dunia perlu menyesuaikan diri dalam keadaan lingkungan kemeruapan yang lebih tinggi,” katanya dalam pembukaan Festival Syariah Ekonomi Indonesia di sini hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru supaya ekonomi dan kewangan Islam dilihat sebagai instrumen untuk memperkukuhkan struktur ekonomi dan pasaran kewangan pada masa depan.

Dalam ucapannya, Dody turut memaklumkan sebanyak 80 peratus ekonomi Indonesia sudah berlandaskan Syariah dan ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Meskipun begitu, Indonesia masih belum mengembangkan industri kewangan dan ekonomi Syariah pada tahap optimum. Kami masih menjadi pengguna dan bukan pengeluar dalam rantaian industri ekonomi Syariah global.

“Amalan masih rendah dalam aspek zakat, infak, sedekah dan wakaf untuk dibangunkan dalam pertumbuhan ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.