Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) diiringi Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media khas sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2019.

KUKUP – Pakatan Harapan yang mengenalpasti sebanyak 12 peratus pengundi masih berada di atas pagar akan mendekati golongan itu mengundi calonnya, Karmaine Sardini pada Pilihan Rata Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Pai.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa sama pihaknya berjaya menghubungi 7,000 hingga 8,000 pengundi berdaftar yang bekerja di luar daerah menerusi surat dan telefon meminta pulang melaksanakan tanggungjawab pada 16 November ini.

Muhyiddin berkata, terdapat petanda pengundi menerima maklumat mengenai pembaharuan yang dilakukan kerajaan menerusi ceramah yangb dilakukan pihaknya sejak 12 hari lalu.

“Ini satu perkembangan menggalakkan namun kami tidak boleh berpegang pada keadaan begitu sahaja kerana tempoh dua hari lagi sangat kritikal yang mana 12 peratus pengundi atas pagar sedang menunggu saat akhir untuk membuat keputusan mengundi calon parti mana antara enam orang bertanding.

“Kita sudah tahu siapa mereka dan kita sudah ada pecahan nama, alamat serta nombor telefon mereka dan akan hubungi mereka supaya memberi kerjasama dan menyokong PH,” katanya dalam sidang media kempen PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini.

Ditanya peratus pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab mereka Sabtu ini, Muhyiddin berkata, peratusannya lebih kecil (daripada Pilihan Raya Umum) dan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast