KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat menolak usul meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik arahan permohonan permit untuk mengadakan kempen dari rumah ke rumah.
Penolakan yang diumum oleh Timbalan Speaker, Nga Kor Ming adalah kerana surat rasmi daripada polis telah diterima yang menyatakan peraturan tersebut tidak akan dikuatkuasakan, demikian menurut Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang).
Nor yang bercakap pada sidang media berharap apa yang dikatakan Timbalan Speaker itu benar.
Namun kesahihannya masih menjadi tanda tanya kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, ketetapan tersebut telah dibincang bersama-sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak hari penamaan calon lagi.
“Ini surat rasmi dan kita harap jawapan yang diberi oleh Yang Dipertua bahawa pihak polis tak kuat kuasakan peraturan ini menunjukkan bahawa jawapan menteri memang betul kelirukan dewan sebab. Jawapan menteri itu kata boleh.
“Kalau jawapan menteri kata boleh, jadi kenapa polis nak batalkan peraturan baru. Nampak bententangan. Menteri jawab ikut undang-undang tapi polis kata tak kuatkuasakan peraturan,” katanya.
Terdahulu menurut Noh, Timbalan Speaker memaklumkan menerima surat rasmi daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa apihak berkuasa tidak akan melaksanakan ketetapan tersebut. – MalaysiaGazette