Gelagat seorang penyokong Pakatan Harapan, Ang Rly Quee, 67, menaiki basikal dengan haisan bendera bagi menyatakan sekongan kepada calon pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Kecil P.165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan,Pontian,Johor. foto SYAFIQ AMBAK, 02 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mendahului Barisan Nasional (BN) lebih sembilan mata bagi Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Berdasarkan kajian responden, sejumlah 53 peratus daripada 1,200 orang yang ditemui menyatakan mereka akan mengundi calon PH, Karmaine Sardine, manakala 44 peratus lagi memilih calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Memetik laporan The Malaysian Insight, kajian IDE turut menunjukkan baki tiga peratus akan memberikan undi mereka kepada calon Berjasa, Datuk Ir Badhrulhisham Abd Aziz, calon Gerakan, Wendy Subramaniam dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Difahamkan, kajian dibuat pada 9 sehingga 11 November lalu melibatkan 1,200 pengundi berdaftar di Parlimen Tanjung Piai.

Sementara itu, sumber parti mendedahkan hasil kajian mereka menunjukkan 50 peratus pengundi Melayu masih memberolan undi mereka kepada BN berbanding PH hanya menerima sokongan 48 peratus.

Jumlah itu masih dianggap lebih rendah berbanding pilihan raya lepas apabila BN meraih 57 peratus undi Melayu dan PH hanya mendapat 32 peratus dengan PAS pula 9 peratus.

Kajian sumber parti itu juga mendapati sokongan masyarakat Cina terhadap PH tidak jatuh mendadak di bawah 50 peratus sebagaimana dakwaan sebelum ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sokongan masyarakat Cina terhadap PH adalah sebanyak 64 peratus.

Bagaimanapun kajian terbaharu IDE mendapati ia jatuh sebanyak tiga peratus daripada 61 peratus.

Sebelum PRU 14, kajian IDE menunjukkan tahap sokongan kepada PH berada pada sekitar 46 peratus berbanding BN (49 peratus) dan Pas (2 peratus).

Pada pilihan raya berkenan, PH berjaya mengatasi BN selepas mengutip 46.3 peratus undi popular berbanding hanya 45.2 peratus dikutip BN, manakala Pas pula meraih 6.5 peratus undi popular.

Sumber parti turut menyebut hasil kajian juga konsisten dengan laporan akar umbi.

Dengan hari pengundian berbaki dua hari, tumpuan jentera parti dan calon bertanding banyak diberikan kepada pengundi luar kawasan dan atas pagar.

Kajian IDE turut mendedahkan terdapat kelompok besar pengundi atas pagar iaitu sekitar 12 peratus.

Sebanyak 44 peratus daripada jumlah pengundi atas pagar memilih PH apabila ditanya, manakala 41 peratus memilih BN dengan hanya tiga peratus memilih Pas.

Bagaimanapun, jika dicampur semuanya, 12 peratus pengundi atas pagar menjelaskan mereka tidak mempunyai parti pilihan.

Masyarakat Cina membentuk kumpulan terbesar pengundi atas pagar yang masih tidak membuat keputusan sebanyak 19 peratus, diikuti oleh orang Melayu sebanyak lapan peratus.

Dalam kalangan orang Cina, 50 peratus masih mahukan PH dan hanya 27 memilih BN, 23 peratus lagi cenderung untuk Gerakan.

IDE menjangkakan 68 peratus sehingga 70 peratus pengundi akan keluar membuang undi Sabtu ini kerana 98 peratus responden kajian berkata mereka mahu mengundi.

PRK Tanjung Piai diadakan selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September.

Kawasan itu mempunyai 52,986 pemilih berdaftar terdiri daripada 57.6 peratus pengundi Melayu, 41.4 peratus Cina dan 1 peratus India.

Ia melibatkan pertandingan enam penjuru antara PH, BN, Gerakan, Berjasa dan dua calon Bebas. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jika pembangkang yg menang.
    Yg menang hanyalah orangnya.
    Rakyat akan kalah.

    Tapi jika Bersatu @ kerajaan yg menang.
    Rakyat juga akan menang.

    Jadi pilihan ditangan rakyat Tanjung Piai Sendiri.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.