KUKUP – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menempelak tindakan pembangkang Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan melulu kononnya beliau telah menghina penjawat awam dan tidak membayar gaji mereka.
Beliau sambil menyatakan kekesalannya terhadap sikap fitnah pembangkang itu mendesak pihak yang mengeluarkan tuduhan ke atas beliau supaya membuktikan segera ada membuat kenyataan seperti itu.
“Bila masa penjawat awam tidak dibayar gaji. Kepala otak dia.Minta buktikan di mana saya cakap macam itu, tak boleh tunjuk yang saya sebenarnya telah menceritakan masalah kita hadapi bila jadi kerajaan Pusat