PONTIAN – Pendirian calon Barisan Nasional dari MCA Datuk Seri Wee Jeck Seng tidak menentu dalam soal kerjasama Muafakat Nasional UMNO Pas.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jeck Seng kini tidak dapat menjelaskan kepada pengundi Cina mungkin beberapa perkara yang sering dilakukannya.
“Kedudukan Jeck Seng ketika ini seolah terperangkap dengan mungkin kerjasama UMNO Pas dan disebabkan itu masyarakat pengundi Cina nak tahu apa pendirian Jeck Seng dalam soal (kerjasama) UMNO Pas ini.
“Sampai hari ini dia (Jeck Seng) tak jawab, pasal apa..mereka kata dia dalam BN tapi BN sekarang ini UMNO dengan Pas, jadi mana ada BN-Pas?
“Jadi di situ dia terperangkap dan masyarakat Cina pun tahu mereka tak suka Pas…Saya dari dulu pun tak suka Pas, tak sokong Pas..saya juga Islam,” katanya dalam sidang Media kempen Pakatan Harapan di Bilik Gerakan Utama di Rembah hari ini.
Tambah Muhyiddin, semasa berucap di hadapan hampir 1000 penduduk Cina di Taman Utama semalam mendapati mereka menyambut baik penjelasannya mengenai kerjasama UMNO-Pas.
“Mereka (pengundi Cina) mengakui dengan pendapat saya bahawa pendirian calon MCA sudah tidak menentu dan dia rasa serba salah.
“Kalau dia tak sokong Pas dia sudah terkongkong dengan UMNO yang kini bersama Pas dan yang saya tahu esok (hari mengundi) ini akan menjadi penentunya tentang MCA dan masa depan,” tegasnya.
Ditanya adakah keadaan sedemikian berlaku disebabkan MCA sudah gentar tidak disokong pengundi Cina, Menteri Dalam Negeri itu juga menegaskan Jeck Seng patut tahu hakikat sebenar kerana rakannya dalam DAP juga mengetahui situasi sebenar.
“Walaupun di peringkat awal tidak beberapa jelas sifat pengundi di Tanjung Piai yang sambutannya sedikit mendap, kini sokongannya kepada PH sudah naik mendadak.
“Mereka akhirnya sudah keluar dan daripada ceramah awam yang saya hadir respon mereka begitu baik sekali terutamanya dari rakan DAP yang memberi ceramah menjelaskan perkara-perkara dan isu isu berkaitan pembaharuan kerajaan PH jadi ini mungkin sebab MCA gentar dan melenting,” jelas beliau lagi.-MalaysiaGazette
TSM ni air muka dia….terokkk bebeno sbb yg dia cakap tu dia sendiri tahu tak betul…dan berniat tak baik…lihat wajahnya….jelas