Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menasihati pemain muda agar mencontohi semangat juang tinggi yang dipamerkan pemain tengah negara, Brendan Gan. Cheng Hoe mengakui pemain Perak itu menjadi watak penting selepas menumpaskan Thailand 2-1 dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.