Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada Ceramah Malam Penentuan Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pontian, Johor.
TERKINI : Najib Lupa PH Kena Bayar RM 24 Bilion Kerosakan Kerajaan Lepas – Syed Saddiq
Comments are closed.
Apa susah…Klu tak ndak bayor bagi balik pada BN. Yg korang beriya2 nak ambik alih tu knape? Satu soklan bodo untuk menteri bodo
Hujah untuk selamatkan diri sendiri, negara mana yang tak berhutang, Singapura mempunyai hutang yang jauh lebih tinggi dari Malaysia. 1MDB satu pelaburan kerajaan dahulu bagi menjana pendapatan negara.Ini dilakukan dengan pelaburan dalam dan luar negara, TRX salah satu pelaburan dalam negara, Jika budak ini cerdik sila semak “balance sheet” TRX , bila nilai asset melebihi tanggungan hutang. Kalau TRX tak untung mengapa beriya -iya sangat si Tokong LGE nak teruskan dan malah nak rasmikan pulak pembukaan jualan fasa 1 TRX.
Pelaburan luar negeri yg menjadi kontravesi kerana adanya penipuan dan konspirasi. Yg jelas bukan 40 lebih billion yg hilang? ini yang dilaungkan olih Madey dengan puak PH. JhLow tak tau mana, Nik Faisal hilang dan ini konspirasi penipuan, pelaburan serupa juga berlaku penipuan bila Madey membuat pelaburan dgn Carrian Group dgn si penipu George Tan. Kamu semua ingat ke? 4 billion lesap..Madey relax je. Malah nilainya RM amat tinggi pada tahun2 80’an. Dan ingat ke 32 billion reserve BNM hancus di zaman madey kerana rugi pelaburan Forex masa tu. Memang lah ramai yang tak tahu, budak ni pun belum hidup lagi.
Yang jelas sekarang, negara semakin miskin, nak tanya , simpanan Petronas 132 billion semasa BN yg tak pernah di usik BN, telah di jarah PH 30 billion dan kini hampir 80 billion digunakan. Masa Madey berenti jadi PM dulu reserve Petronas cuma 32 billion. Sekarang siapa yang banggang dan kelentong rakyat. Bila GST tukar SST – 3 bulan “tax holiday” dah lupa ke? Kerugian ternyata jika purata pungutan cukai GST zaman BN hampir 30 billion setahun ” bila PH ambil alih” – 3 bulan cukai tidak dipungut dikalangan peniaga2 (Peniaga2 siapa yang majoriti – dan siapa sebanar yg untung) hampir 8 billion hilang dijadikan seolah bonus kepada peniaga (90%) perusahaan siapa tu? Ini lah liciknya Tokong MOF PH, . Masih tak nampak lagi. Dan pinjaman samurai dari jepun..dan terus pinjam lagi – sebeb ekonomi merudum, expot jatuh berdebuk, pungutan cukai SST yang regressive nak salahkan sapa? Hilang hampir 10 billion setiap tahun. Siapa lagi yang untung, barang turun harga ke? Yang pastinya PH adalah kerajaan yang tidak berupaya kerana menteri2 cap ayam, penasihat ekonomi yang mandul, ” Dan PM yang “bloated ego” , suka jual air liur diperingkat antarabangsa, yang rosak ekonomi dan negara. Rakyat terus nak di bodohkan. Lagi 3 tahun begara setaraf ” timbuktu”.