Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng disambut meriah oleh beberapa penyokong Barisan Nasional selepas mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Command Centre Barisan Nasional, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi dengan Institut Darul Ehsan (IDE)?, soal penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Ini kerana, dua kali IDE menyatakan Pakatan Harapan (PH) mendahului Barisan Nasional (BN) dengan 9% dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua kali juga PRK itu berakhir dengan keputusan BN yang muncul sebagai pemenang.

IDE menggunakan sampel 1,142 pengundi, kaji selidik IDE pada 31 Januari-1 Februari 2019 mengumumkan PH mengatasi BN dengan 9% bila PH mendapat 46% sokongan berbanding 37% sokongan untuk BN dalam PRK Semenyih.

Malangnya, pada akhirnya BN yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi.

Menggunakan sampel 1,200 pengundi, kaji selidik IDE pada 9-11 November 2019 pula mengumumkan PH mengatasi BN dengan 9%, apabila PH mendapat 53% sokongan berbanding 44% sokongan untuk BN dalam PRK Tanjung Piai.

Malangnya, BN juga yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Tanjung Piai bukan dengan majoriti biasa-biasa tetapi dengan majoriti yang terlalu besar, kata Kamarul.

“Agaknya apa yang tidak kena dengan kaji selidik IDE ya?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ha haa…. Tak tahu Ke? IDE ni guna contrarian analysis. Kalau tidak tak dapat bayaran pulak dari kerajaan PH. Biar la sama-sama syok sendiri dibuai mimpi indah yang bertukar mimpi ngeri…. Buntang mata sekarang yer??

Comments are closed.