Tan Sri Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Cubaan meletakkan semua kesalahan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kekalahan calon mereka pada PRK Tanjung Piai Sabtu lalu adalah tanggapan yang salah.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, kekalahan Karmaine Sardini dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng disebabkan kemarahan rakyat pada PH.

Katanya, ada pihak dalam PH membuat kesimpulan jika peralihan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekalahan itu tidak akan berlaku.

“Itu diagnosis dan priskripsi yang salah. Kekalahan PH disebabkan kebencian rakyat kerana kegagalan, kezaliman, kesombongan, kerakusan, pembohongan PH dan cauvanism DAP,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Karmaine yang mendapat 10,380 undi kalah dengan majoriti besar iaitu 15,086 undi kepada Jeck Seng yang mendapat 25,466 undi pada PRK Tanjung Piai Sabtu lalu.

Beberapa jam selepas keputusan diumumkan, pengasas bersama PKR, Dr. Syed Husin Ali mengeluarkan kenyataan mendakwa kekalahan itu merupakan satu referendum terhadap PH pimpinan Dr. Mahathir.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu paling jelas membuktikan rakyat kecewa dan mahu mengajar PH khususnya kepada Dr. Mahathir.

Serentak itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, mengajak Dr. Mahathir dan semua pemimpin PPBM menyertai Muafakat Nasional untuk bersama dengan BN dan Gagasan Sejahtera (GS) melakarkan agenda baharu membela maruah rakyat dan menyelesaikan masalah negara.

Kata beliau, kejayaan BN mengambil semula kerusi Tanjung Piai selepas Parlimen Cameron Highland, bukan perkara mudah, tetapi tidak mustahil boleh berlaku.

“BN dan Muafakat Nasional akan berusaha untuk mengambil semula semua 12 kerusi Parlimen yang dimenangi PPBM pada PRU14 yang lalu.

“Insha-Allah, kita boleh melakukannya, dan kita akan usahakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. X perlu ppbm dipelawa ke muafakat nasional akhirnya akan bertambah beban kepada rakyat.cukup la dgn apa yg mereka lakukan selama ini.muafakat nasional ada kekuatan dan aura tersendiri.”CUKUP2 SUDAH….CUKUP SAMPAI DISINI SAJA”

  2. Semua tahi umno ada dlm PPBM… Annuar jgn memandai-mandai nak jemput Madey and the gang masuk Muafakat…

  3. Mengapa mahu bagi talian hayat kepada PPBM, Cukuplah “political rendevous” yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat dinegera ini. Terus terang kami rakyat biasa yang tidak berparti begitu tinggi hajat di hati “muafakat Nasional” diperkasakan. UMNO seharus ada kesungguhan berjiwa rakyat. Kemelut dalam PH, seharusnya MP UMNO tidak mendekati parti2 dalam PH hatta “Jemin Initiative”. 18 bulan rakyat menghadapi kesukaran mencari nafkahdalam getir menghadapi kehidupan. Kini tekad rakyat kembali kepada BN jangan dipunahkan. Apa juga konsensus dikalangan UMNO yang memberi talian hayat kepada Atuk and the gang satu percaturan politik yang zalim terhadap rakyat. Cukuplah politiking, yang melampaui hanya kerana ingin kembali berkuasa secara jalan pintas. Memang “politic is a game of all possibilities”. Tetapi jiwa melayu dan Islam menjejaki garis tengah. Melayu dihina semau-maunya oleh Atok. sanggup berpeluk sakan dengan musuh sendiri demi kuasa. Keadaan negara yang bertambah tenat ekonominya jangan lagi keruhkan dengan tindakan melulu UMNO. Walaupun PAS menyatakan sokongan kepada Atok jika disisihkan, namun jika ada pilihan lain yang lebih utama haruslah digunakan. Percaturan Atok bukanlah sesuatu yang mudah dihadapi UMNO. Kami tahu ramai dalam UMNO yang terpalit dengan keburukan perangai dan kesalahan yang pelbagai. Sepatutnya kekalahan PRU 14 mengajar UMNO. Sepatutnya bersyukurlah bila majoriti bangsa Melayu kembali membela. Jangan ingat ribut dan mendung telah berlalu pergi, rakyat sudah tahu kuasa mereka. Yang perasuah tegar dalam kalangan orang besar UMNO sepatut sedar diri. Yang salah dan terbukti hadapi dengan berani sebagai bangsa yang bermaruah. Berpeganglah pada prinsip keberanian yang benar.
    Kalau PH yang karam kapalnya, mengapa UMNO yang di ibarat bagai bangkai tak berguna mahu menyelamatkan Atok. Kalau Atok masih ada kesedaran yang tersisa – bubarkan Parlimen, In Sha Allah “Muafakat Nasional” akan lebih perkasa membela agama, bangsa dan negara.

Comments are closed.