KUALA LUMPUR – “Ini salah faham antara rakan, kenapa kamu semua sangat berminat?” kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada para wartawan yang mengerumuni beliau selepas suasana pertengkaran di lobi Parlimen reda.
Beliau yang muncul beberapa minit selepas bertengkar dengan Ahli Parlimen Kuala Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) beberapa kali menjelaskan apa yang terjadi adalah disebabkan salah faham.
Ditanya sama ada perkara itu telah selesai, Tajuddin berkata, antara kawan tentulah sudah selesai.
Mengenai dakwaan Ismail pergaduhan itu ada kaitan dengan gambar anaknya yang sakit ditularkan oleh Tajuddin dan dikaitkan dengan sokongan kepada seorang pemimpin lain, katanya, perkara itu tidak perlu dijelaskan.
Ketika didesak supaya memberi penjelasan kerana pertengkaran itu berlaku di lobi Parlimen dan disaksikan banyak mata: Tajuddin berkata: “Kalau cerita pasal rumah tangga kamu? Berlaku di lobi mana pun…ini salah faham. Dah pergi makan.” katanya.
Dalam kejadian beberapa minit sebelum sidang Dewan Rakyat berehat, Tajuddin dan Ismail meninggikan suara sehingga ke satu peringkat Ismail mengatakan Tajuddin sebagai ‘orang tua yang bodoh’.
Ismail semasa pergaduhan menyebut tentang sekeping gambar yang tersebar ditularkan Tajuddin.
“Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya sakit dijadikan isu kata saya buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain, mana boleh tak betul,” kata Ismail yang ditenangkan oleh pengawal keselamatan dan ahli parlimen yang lain. – MalaysiaGazette
[VIDEO] Kecoh, dua ahi Parlimen BN bertengkar di lobi Dewan Rakyat