SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam tempoh tiga hari berikutan lonjakan dalam stok Amerika Syarikat (AS), menguatkan lagi kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global yang tidak menggembirakan, selain harapan dalam perkembangan perang perdagangan AS-China.
Niaga hadapan minyak Texas West Intermediate (WTI) susut AS$0.06 atau 0.1% kepada AS$ 55.15 setong pada 0631 GMT, selepas jatuh lebih daripada 4% berbanding dua sesi sebelumnya.
Niaga hadapan minyak mentah Brent pula berada pada AS$ 60.71 setong, turun AS$0.20 atau 0.3%. Brent turun 3.8% semasa dua sesi sebelumnya.
Inventori minyak mentah di Amerika Syarikat, pengguna minyak terbesar dunia, naik 6 juta tong pada minggu ini hingga 15 November kepada 445.9 juta, menurut data daripada Institut Petroleum Amerika.
Lebihan itu meningkatkan kebimbangan terlebih bekalan minyak mentah selepas Rusia, negara pengguna kedua terbesar minyak dijangka enggan mengurangkan bekalan.
Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) dijangka mengadakan pertemuan di Vienna pada 5 dan 6 Disember ini.
Rusia dan pengeluar minyak yang lain telah bersetuju dengan OPEC untuk mengurangkan 1.2 juta tong sehari pada bulan Mac bagi menyokong harga. – MalaysiaGazette