LONDON – Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho kini menjadikan bekas pemain kelab itu, Gareth Bale sebagai sasaran utama.
Mourinho dikatakan meletakkan Bale salah satu syarat kepada pengerusi kelab, Daniel Levy untuk menerima jawatan di Spurs.
Mourinho mahu Levy berusaha untuk membawa pulang Bale kerana pemain itu bukanlah pilihan utama Zinedine Zidane di Real Madrid.
Namun Bale masih mendapat banyak minit beraksi lada musim ini kerana kecederaan beberapa pemain utama yang lain.
Hubungan Zidane dengan Bale tidak baik walaupun mereka mengecapi banyak kejayaan di Madrid.
Ini bukan pertama kali Mourinho mahukan Bale kerana menjadi pengurus Manchester United, dia sudah beberapa kali mencuba untuk menandatangani Gareth Bale.
Namun harga yang terlalu tinggi menjadi penghalang.
Bale baru-baru ini menimbulkan kontroversi dalam perlawanan antarabangsa dengan meletakkan slogan pada bendera Wales iaitu, Wales. Golf. Madrid. – MalaysiaGazette