KUALA LUMPUR – Melaka United mengumumkan Norazlan Razali sebagai pemain baharu dalam usaha memperkuatkan pasukan pada musim depan.

Norazlan, 33, yang meninggalkan pasukan Felda United sudah sedia untuk merebut tempat Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama.

Melaka kini memiliki tiga penjaga gol yang boleh dikatakan berkaliber untuk menjadi penjaga gol utama.

Keputusan berhijrah ke Melaka United selepas bersama The Fighters selama semusim disifatkan Norazlan sebagai perkara yang sukar.

Dia sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor dan JDT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast