Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) diiringi Pengarah Lesong Mart Sdn Bhd, Ustaz Haslin Baharim (kiri) dan Pengarah Urusan Helang Gagah Group Sdn Bhd, Datuk Mohamad Zaini Md Taha (kanan) menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Pengurus Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Mohd Ibnul Hakim Osman (dua kiri) dan Ketua Pegawai Pembarangan Lesong Mart Sdn Bhd, Mohd Jonid Abdul Sukor (dua kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Pembekalan Produk ke Pasar Mini Lesong Mart 2020 di Kelab Darul Ehsan Ampang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini dihina melampaui batas menerusi pelbagai bentuk, kata Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Justeru itu orang Melayu, katanya, perlu berubah bagi memastikan taraf lebih tinggi agar tidak lagi dihina sesuka hati.

“Orang-orang bukan Islam hina kita luar biasa tak akan kita nak terus dihina jadi kita kena berubah,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembekalan Produk Ke Pasar Mini Lesong Mart 2020.

Apa yang perlu dilakukan, khususnya dalam kalangan peniaga Melayu, adalah membantu antara satu sama lain agar dapat mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik.

Jelasnya, kesepaduan dan saling bantu-membantu kaum Melayu baru-baru ini terbukti dapat dilakukan apabila kempen beli barangan Muslim dahulu atau Buy Muslim First (BMF).

“Walaupun banyak isu sebelum ini, namun alhamdulillah ia (BMF) membawa impak luar biasa kepada produk Melayu,” tambahnya.

Pada majlis itu, Pasar Mini Lesong Mart menandatangani MoU dengan beberapa pengeluar produk Muslim bagi membekalkan produk mereka di pasaraya tersebut pada tahun depan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast