KUALA LUMPUR – Melaka United (MU) mengumumkan pemain tengah, Safiq Rahim menyambung kontrak dengan pasukan itu.

Safiq yang sebelum ini menyertai MU dari JDT menjadi pemain regular di dalam skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.

MU berkata, Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) berbesar hati apabila bekas pemain kebangsaan itu kekal bersama skuad Hang Tuah bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.

“Kami di MUSA turut berbesar hati apabila Safiq yang juga bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan bersetuju menerima tawaran lanjutan kontrak musim depan untuk terus menabur bakti buat MU.

“Kami juga berharap pemain itu akan terus memantapkan lagi jentera tengah pasukan Melaka dan mencabar semua kejuaraan untuk semua pertandingan pada musim hadapan.

“Semoga Safiq yang digelar Pakar Sepakan Percuma dapat terus memantapkan jentera tengah Melaka sebagai antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim depan,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast