Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

KUALA LUMPUR – Gambar Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sedang merokok dan tertera di belakangnya tanda ‘larangan merokok’ adalah gambar lama sebelum beliau memegang jawatan menteri Persekutuan.

Menurut Setiausaha Akhbar menteri, isu tersebut pernah ditularkan sebelum ini sambil menjelaskan bahawa ketika itu peraturan larangan merokok di tempat awam belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Selain itu, katanya, keadaan sekitar gambar tersebut berkemungkinan “taken out of context”.

“Ini merupakan kenyataan yang sengaja untuk mencemar kredibiliti dan imej YB Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof selaku Menteri Kabinet dan adalah suatu bentuk polemik untuk menjatuhkan beliau,” katanya.

Beliau merujuk berita yang disiarkan China Press bertajuk ‘Menteri gagal patuhi larangan merokok’  dengan paparan gambar Mohd Redzuan yang dikongsi daripada Facebook “We are Malaysians”.

Selain China Press, gambar tersebut turut dikongsi netizen di media sosial dengan pelbagai ulasan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Walaupun larangan belum dikuatkuasakan tetapi tak sesuka hati tak ikut tulisan kat belakang tu. Takde Sekolah kah apa? Haha

Comments are closed.