KUALA LUMPUR – Syatila Melvin merupakan pelakon agak menyepi semenjak ini daripada industri seni semenjak mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam tiga tahun yang lalu.

Masih berlakon namun tidaklah sekerap seperti dulu, rupa-rupanya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin kini telah menjadi usahawan barangan kosmetik.

Perniagaan tidak dijalankannya seorang tetapi bersama-sama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, memasarkan jenama yang hadir menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri.

Bukan berniaga untuk keuntungan diri, dalam masa yang sama Syatila mengalu-alukan penyertaan golongan kurang berkemampuan termasuk suri rumah sepenuh masa untuk mencari pendapatan sampingan, seterusnya meningkatkan taraf kehidupan.

“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negarakata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.

Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata, sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast