SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi digesa menghormati perjanjian peralihan kuasa selama dua tahun yang dijangka berakhir pada Mei tahun depan dan diminta jangan lagi berdolak-dalik.
Dalam nada keras, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang dianggap antara yang paling lantang mengingatkan Mahathir supaya melaksanakan proses peralihan kuasa itu dengan cara berhemah.
Kata pemimpin veteran PKR itu, adalah lebih baik untuk Mahathir berundur secara mulia daripada mengelakkan perkara lampau berulang.
“Janganlah dolak dalik, lakukan proses peralihan kuasa ini dengan baik, berhemah dan mulia setidak-tidaknya sebelum 9 Mei tahun depan.
“Janganlah apa yang berlaku masa Tun M masih dalam UMNO itu berulang lagi, bagaimana beliau dihalau dari UMNO satu ketika dahulu, jangan sehingga itu berulang.
“Ikut perjanjian, kata dua tahun. Buatlah seperti yang dijanjikan, ingat apa yang pernah berlaku sebelum ini, kita tidak mahu halau seperti UMNO dulu,” katanya pada Konvensyen Reformis 2019 yang dianjurkan oleh Otai Reformis’98 di sini hari ini.
BACA:Rakyat kecewa, mahu ajar PH dan Dr Mahathir – Syed Husin
Kata beliau lagi, sememangnya Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bersetuju dengan proses peralihan tanpa ada sebarang bantahan kerana itu adalah janji untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang kelapan menggantikan Mahathir.
“Tidak ada masalah, pastinya Majlis Presiden PH akan bersetuju. Kerana itulah janjinya. Dua tahun sebelum serah kuasa kepada Anwar.
“Tun sendiri pernah meminta Anwar supaya tidak terburu-buru setelah diberi pengampunan malah Anwar sendiri telah memberitahu beliau hendak berehat selain ke luar negara melawat sahabat-sahabatnya terlebih dahulu.
“Tun sendiri bersetuju dengan cadangan Anwar ketika itu. Tidak ada soal Anwar terburu-buru merampasa kuasa dan sebagainya,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Syed Husin juga mendakwa Mahathir kembali kepada ‘cara lama’ beliau memerintah tanpa menjiwai langsung perjuangan reformasi yang sebelum ini menjadi laungan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14.
“Apa yang saya lihat, beliau tidak menjiwai perjuangan reformasi malah rakyat juga tidak mahukan beliau kerana perubahan yang didakwa oleh tidak dilaksanakan olehnya seperti yang di janjikan. Adalah lebih baik berundur.
“Sebelum beliau mendapat kuasa, sikapnya lain. Selepas berkuasa, beliau kembali kepada ‘perangai’ lamanya. Beliau tidak dapat jalankan tanggungjawab seperti kehendak rakyat.
“Jangan lupa juga, reformasi 98 ini wujud kerana Tun Mahathir menolak perjuangan kita pada masa itu.
“Anwar ini jenis lembut hati dan cepat sangat memaafkan, jika beliau masih berterusan begini, pastinya karier politik beliau akan dibunuh kelak.
“Jika peralihan ini tidak berlaku, Otai Reformis akan pastikan ianya berlaku, tiada kompromi,” ujarnya lagi. –MalaysiaGazette
Malu wei nak minta Mahathir berundur. Janji-janji PRU 14 pun tak dapat ditunaikan..haha
Minta izin yb jLutong dulu bru blh
Lawan tetap lawan
Masing-masing semua gila kuasa.
Beginilah dokumentasi ada di simpan oleh dto’nasation,tentang perjanjian peralihan kuasa bertulis oleh mjlis presiden ph,siap dgn saksi2nya sekali,rakyat ramai yg arif hal ini,jika x tau lebih baik tutup mulut@zip mulut yg tak ambil ansyuran peribadi,tak malu buka mulut,tulis apa yg anda tak tahu,jgn sampai di lebel jahil,&bodoh sombong terima hakikat udahla apo masalahnya,علامة النفاق ثلاثة،اذا حدث،كذب،واذائتؤمن خان،واذا عاهد اخلف،،hadis Muttafaqon alaih..tanda munafiq ada tiga;bila seseorg bertutur,bercakap dia berdusta,bila diadi amanahkn tugas dia khianat,bila dia berjanji dia menyalahi,awas org munafiq bersama fira’un,namrut,qorun,&Abu Lahab ddlm neraka jahannam yg pertama…ingat tun M,,penyokong2 yg jahil tolong tutup mulut labih selmat..والسلام..