TIRANA – Gempa bumi kuat 6.4 magnitud melanda Albania menyebabkan beberapa bangunan runtuh dan mangsa-mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
Sekurang-kurangnya enam orang telah meninggal dunia.
Seorang lelaki mati selepas melompat dari tingkap akibat panik, seorang jurucakap Kementerian Pertahanan.
Manakala, seramai 150 orang cedera.
Gempa melanda 34 km (21 batu) barat laut ibu negara, Tirana, awal pagi Selasa, dirasai di seluruh rantau ini, di Itali dan di bandar Serbia Novi Sad, hampir 700 kilometer jauhnya. – MalaysiaGazette