Zakaria Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.

Ia susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengakui terdapat kekhilafan pihaknya yang mencadangkan tindakan tatatertib ke atas Zakaria.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, ini kerana prinsip keadilan yang dilaungkan oleh PKR telah diketepikan.

Tegas beliau, prinsip asas di dalam sesuatu ‘penghakiman’ atau sebelum sesuatu keputusan itu dibuat adalah hak untuk seseorang didengari atau hak untuk membela diri.

“Ini prinsip asas.

“Sekiranya prinsip asas ini tidak diambil kira di dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, maka keadilan telah mati.

“Lebih mengejutkan lagi apabila pihak SPRM hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kekhilafan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Radzlan menyeru agar kepimpinan parti insaf dan segera menghayati asas ini dan tidak terbawa-bawa dengan politik dendam dan ‘pendakwaan terpilih’.

“Saya juga menggesa agar kepimpinan parti segera memohon maaf secara terbuka kepada Saudara Zakaria yang telah menjadi mangsa ketidakadilan dalam isu ini yang jelas mencemar nama baik Parti Keadilan Rakyat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bissalah dah jadi parti pemerintah, sombongnya lebih, suka pecat sahaja ahli yang tidak sebulu, bila masa jadi parti pembangkang terhegeh-hegeh hendak cari ahli.

Comments are closed.