KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui dirinya kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan sesuka hati termasuk isu abu mayat Chin Peng yang menjadi isu sekarang.
Katanya, sejak menjadis menteri, sudah menjadi kemestian untuk beliau menjaga setiap perkataan dan pertuturannya.
“Ramai luar katakan saya ceramah saya sekarang tak sedap, ini kerana saya sejak menjadi Menteri Pertahanan kena jaga perkataan yang dituturkan.
“Sebab itu, kalau hendak beri kenyataan bukan mudah khususnya yang sekarang jadi popular adalah abu mayat ketika ini.
“Perkara itu kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), kena selidik dulu betulkah abu dia dibawa masuk ke sini, bila dibawa masuk dan macam mana dibawa masuk? Semua ini kena siasat dan KDN akan siasat nanti.
“Pendirian saya (isu abu Chin Peng) akan saya buat selepas KDN menjalankan siasatan,” katanya sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Samsul Anuar Nasarah (Barisan Nasional) yang meminta Presiden Parti Amanah Negara itu menyatakan pendiriannya dalam abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.
Beliau berkata demikian semasa penggulungan usul perbelanjaan Belanjawan 2020 Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat petang ini.
Samsul Anuar berkata, ketika menjadi pembangkang, Ahli Parlimen Kota Raja itu pernah menyatakan persetujuan supaya abu Chin Peng boleh dibawa masuk ke dalam negara ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin (BN) turut bangun meminta Mohamad menyatakan pendiriannya sebagai mengangkat harapan dan martabat seluruh veteran dan anggota angkatan tentera dalam soal abu mayat Chin Peng.
Mohamad bagaimanapun menegaskan sekali lagi yang beliau akan menyatakan pendiriannya dalam isu berkenaan selepas KDN selesai menjalankan penyiasatan.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) turut menegaskan terdapat dakwaan abu mayat Chin Peng ditabur di banjaran Titiwangsa seolah jadi banjaran itu menjadi ‘kubur’ dan Mohamad menjelaskan ia hanyalah laporan media tetapi KDN belum mengesahkannya.- MalaysiaGazette
Menteri penipu….. Pengikut pulak bodoh sama2 bodoh
Kalau dari mula menipu sampai pencen pun menipu. Yang ikut tu pun semua sama minat menipu.