LONDON – Lelaki yang menikam dua individu sehingga mati di London pagi ini dikenali sebagai Usman Khan, 28.
Suspek pernah ditahan atas kesalahan keganasan tetapi dibebaskan dari penjara tahun lalu.
“Individu ini dikenali oleh pihak berkuasa, setelah disabitkan kesalahan pada 2012 atas kesalahan keganasan,” kata pegawai polis anti-keganasan Britain, Neil Basu dalam satu kenyataan.
“Dia dibebaskan dari penjara pada Disember 2018 atas jaminan. Yang penting sekarang untuk menentukan bagaimana dia melakukan serangan ini.”
Polis menembak mati suspek selepas menikam dua individu hingga mati dan mencederakan tiga lagi sebelum ditangkap oleh orang ramai.
Penyerang melakukan serangan itu pada pukul 2 petang, menyasarkan penduduk Fishmonger Hall dekat Jambatan London, di tengah-tengah daerah kewangan – lokasi serangan yang dilakukan oleh dua pengganas pada tahun 2017.
Akhbar The Times yang memetik sumber kerajaan melaporkan suspek dibebaskan dari penjara setahun lalu selepas bersetuju memakai rantai elektronik. – MalaysiaGazette