PASIR PUTEH – Presiden UMNO menyelar kerajaan yang didakwanya tidak peduli perasaan anggota keselamatan dalam isu abu mayat mendiang Chin Peng,
Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa masuk abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) mengguris perasaan majoriti rakyat khususnya pasukan tentera dan polis negara ini.
“Kenapa saya mengumumkan bahawa abu mayat itu tidak dapat diterima? Bukan saya dan kerajaan ketika itu benci dengan Chin Peng kerana dia Cina. Kononnya apabila dijawab oleh kepimpinan sekarang adakah kita menentang abu mayat dibawa, ditabur di tempat asalnya di Banjaran Titiwangsa kerana dia Cina.
“Bukan kerana itu, kita tidak ada semangat perkauman itu. Kononnya kenapa Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Musa Muhammad (Pengerusi PKM) diizinkan untuk balik, kenapa tidak Chin Peng. Ini soal lain, ini bukan soal bangsa.
“Kita menentang abu mayat Chin Peng untuk dibawa masuk kerana lebih 10 ribu nyawa tentera dan polis telah terkorban ketika Chin Peng menjadi ketua pengganas Komunis Malaya ketika itu. Berapa ramai yang menjadi balu, menjadi anak yatim, ibu bapa yang kehilangan anak, rakyat biasa yang telah terbunuh.
“Kita menentang kerana kita mahu supaya tentera, polis dan lain-lain yang terkorban dihargai dan perasaan keluarga mereka mesti didokong oleh UMNO dan PAS dan parti-parti lain dalam Muafakat Nasional,” tegasnya dipetik dari UMNO Online.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Negeri Kelantan 2019 di sini hari ini.
Semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) jelasnya, mereka telah bersepakat membuat keputusan demi keharmonian dan kesejahteraan negara tetap terpelihara.
“Pada tahun 2014 ketika itu saya menjadi Menteri Dalam Negeri apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan supaya abu Chin Peng tidak diizinkan dibawa ke tempat kelahirannya di Sitiawan, Perak, saya telah membawa isu itu untuk mendapatkan keputusan Jemaah Menteri.
“Jemaah menteri ketika itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak memutuskan kita tidak benarkan abu mayat dibawa apatah lagi mayatnya atau orangnya biarpun kita tahu ada perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya,” tambahnya.
Ia juga sebagai bantahan apabila ada yang mahu mengiktiraf ketua pengganas itu sebagai pejuang kemerdekaan.
“Ini bukan soal bangsa, bagaimana kita terluka. Bukan itu sahaja, apa yang telah berlaku signifikannya cukup banyak bagaimana ada di kalangan kepimpinan parti-parti yang memerintah dalam PH ini mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan.
“UMNO dan Pas, BN tidak dapat menerima Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Beliau adalah ketua pengganas Komunis di Malaya,” tegasnya.- MalaysiaGazette
kenapa kominis saja yang kamu ingat. datok nenek kamu yang jadi hamba buat jalan keretaapi kemboja senang saja kamu lupa. mereka dipaksa bekerja makan sesuap nasi sehari. bila tak daya dibunuh. mayat nya entah kemana. beri makan nasi dengan daging cincang e.tah daging manusia. itu semua kamu lupa. komunis saja yang kamu ingat. duit pampasan jepun yang dibayar kamu tak bagi pada waris2nya. kamu guna wang itu untok beli kapal. kamu tipu waris2 mereka sampai sekarang tiada bayaran walau pun satu sen. semua kau bolot buat projek yang tiada faedah pun pada waris mereka. celaka kamu curi wang pampasan mereka
Tungga ulusan DAP tentang isu ini…..
Iya, topik lari lah… Komunis tetap komunis, mana ulasan dari commies D4Pigs? Mana2? Apa kena mengena topik landasan keretapi kat Kemboja dgn topik bangkai busok pengganas komunis dibawa ke sini? Itu bangkai bukan warganegara Malaya mahupun Malaysia, ada paham ka bagero basodia?