Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Neelofa berkata tidak adil mendakwa keluarganya masuk campur tangan dalam konflik rumah tangga yang dihadapi kakaknya, Noor Nabila dengan Sharnaaz Ahmad.

Sebaliknya beliau berkata, sebagai ahli keluarga termasuk dirinya adalah normal untuk memberikan Nabila sokongan ketika di ambang penceraian.

“Ia adalah tidak adil untuk cakap yang keluarga saya masuk campur sebab Nabila adalah kakak saya dan dia adalah anak kepada ibu saya. Sudah tentu kami akan sokong dan sentiasa berada di samping dia.

“Saya percaya keluarga pihak sana pun pastinya buat benda yang sama, bersuara di media sosial. Jadi, ia tidak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak sahaja sebab dua-dua pihak pun buat benda yang sama,”katanya.

Kata Neelofa lagi, seluruh ahli keluarganya sentiasa bersifat mendokong antara satu sama lain.

“Keluarga kami memang sangat supportive pada Nabila, bukan saya sahaja, bahkan ibu bapa, sepupu serta kawan-kawan sentiasa ada untuk dia. Sekarang, Nabila bahagia dengan hidup baharu dan kami semua sangat sayangkan Jebat,” katanya.

Keretakan rumah tangga kakak Neelofa itu bersama-sama Sharnaaz gembar apabila Nabila memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

BagaimanapunSharnaaz enggan menceraikan isterinya kerana mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka 32 Mac 2017 – pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Neelofa dalam pada itu turut meluahkan perasaan simpatinya terhadap Nabila yang terpaksa melalui kes mahkamah yang berlarutan disebabkan keengganan Sharnaaz ‘melepaskan’ kakaknya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast