LONDON – Pengeluaran minyak untuk bulan November susut disebabkan kejatuhan pengeluaran Angola dan Arab Saudi pula menyimban bekalan bagi menyokong pasaran sebelum Tawaran Awam Permulaan Aramco.
Secara purata, 14 negara OPEC telah mengeluarkan 29.57 juta tong sehari bulan ini.
Angka itu menyusut sebanyak 110,000 tong berbanding bulan Oktober.
Reuters yang membuat kaji selidik mencadangkan, Arab Saudi masih mengurangkan jumlah pengeluaran daripada perjanjian dengan OPEC walaupun operasi sudah berfungsi seperti biasa selepas serangan kemudahannya pada bulan September.
OPEC dijangka mengadakan pertemuan untuk menyemak semula perjanjian bekalan minyak pada 5 Disember ini – hari yang sama memuktamadkan harga IPO.
OPEC, Rusia dan sekutunya bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1,2 juta dari 1 Januari lalu.- MalaysiaGazette