Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim

LANGKAWI – Polis menafikan berlaku kejadian rusuhan melibatkan pelatih yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

“Difahamkan memang ada kejadian pelatih tidak berpuas hati terhadap teguran kasar oleh seorang pengawal sentri yang menguatkuasakan larangan pelatih keluar dari berek hujung minggu.

“Cuma berlaku pertengkaran mulut namun tidak ada apa-apa kecederaan dan kerosakan. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan sebarang rusuhan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata beliau difahamkan berikutan kejadian itu komandan telah berjumpa dengan pelatih terlibat dan keadaan terkawal.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast