MEXICO CITY – Pendaki solo bebas Amerika yang terkenal maut akibat terjatuh ketika cuba menuruni tebing.
Brad Gobright, 31, jatuh pada pada ketinggian 300 meter di El Potrero Chico di utara Mexico.
Rakannya, Aidan Jacobson, 26, juga terjatuh tetapi pada ketinggian yang lebih rendah, mengalami kecederaan.
Gobright terkenal kerana memanjat tanpa gear keselamatan, tetapi semasa kejadian mereka sedang melakukan abseiling menggunakan tali.
“Ketika kami mula mula melakukan abseiling, saya lebih tinggi darinya di sebelah kiri dan dia di kanan.
“Tiba-tiba, saya rasa hilang arah dan kami mula jatuh.”
“Ia pada dasarnya semuanya kabur. Dia menjerit, saya menjerit, saya melalui kawasan belukar dan kemudian yang saya ingat adalah melihat kemeja biru Gramicci melantun di tepi,” katanya.
Dilahirkan di California pada tahun 1988, Gobright mula memulakan pendakian pada usia enam tahun.
Setakat ini belum dipastikan apa yang menyebabkan Gobright jatuh.
Tetapi forum pendakian Reddit membincangkan bahaya rappelling setelah kematian Gobright, menyiarkan statistik yang mencadangkan lebih daripada satu per empat kemalangan pendakian di Amerika Utara berlaku semasa pendaki turun. – MalaysiaGazette