KUALA LUMPUR – Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang menggunakan Jalur Gemilang dengan lima bucu bintang mirip simbol komunis dalam satu majlis, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ismail Awang berkata, tindakan itu jelas memperlekehkan Jalur Gemilang sekaligus tidak menghormati Perlembagan dan undang-undang negara.

“Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan MABA kerana menganjurkan satu pertandingan bola keranjang dengan mempamerkan bendera 5 bintang ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

“Ini menunjukkan satu budaya unsur-unsur komunis meresap ke dalam Malaysia.

“Mereka ini orang luar yang membawa bendera 5 bintang ini tidak menghormati Perlembagaan dan peraturan kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi semalam.

Sebelum ini, Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang, Piala Lum Mun Chak MABA/Milo kali ke-28, pada 25 November lalu.

Ismail juga menyifatkan tindakan itu juga sebagai satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja khususnya pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia hari ini terperanjat dengan apa yang berlaku hari ini dan kami hari ini membantah sekeras-kerasnya supaya pihak polis mengambil tindakan sewajanrnya.

“Jangan takut kami ada di belakang akan membantu polis pada bila-bila masa dan hari ini kami berhimpun ramai-ramai menyatakan bantahan.

“Kita desak pihak polis agar jangan biarkan perkara ini berlaku dan tak boleh benarkan budaya tidak diingini ini dibawa ke Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap polis, yg dilihat tidak bebas lgi dlm nenjalankan tugas,terpaksa ikut telunjuk pemimpin2 politik kjaan hari ini…semoga Malaysia ku dilindungi Allah utk ank cucu akn datang….

Comments are closed.