TERKINI : Cukup Bahaya “KDN Tak Tahu Abu Mayat Chin Peng” di Bawa Pulang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi penjelasan kepada rakyat bagaimana abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang pada September lalu.

Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perkara ini sebagai serius dan bahaya menambah, situasi ini berpotensi digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sekiranya tidak ada penjelasan segera dilakukan.

Seterusnya kerajaan Pakatan Harapan akan menerima tanggapan yang salah daripada rakyat.

“Sebagai bekas Menteri Pertahanan, ini perkara yang saya amat prihatin. Jangan bermain dengan emosi rakyat. Kalau pun berlaku tolong jelaskan kepada rakyat jadi tidak akan ada tanggapan yang salah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast