Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Annuar Nasarah (tengah) diiringi Ketua Jabatan Komunikasi Strategik UMNO, Datuk Ibrahim Yahaya (kiri) menyerahkan tag media kepada wakil Harakah Daily, Mohd Shahir Abu Hassan (kanan) pada Perasmian Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Media Harakahdaily diberi penghargaan oleh Urusetia Media UMNO Malaysia, apabila pertama kali diberi akses untuk membuat liputan Perhimpuan Agung UMNO (PAU 2019) bermula esok.

Nama Harakahdaily yang berada dalam senarai paling atas dari kumpulan media lain turut menerima kad media PAU 2019 dari Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Annuar Nasarah.

Kad itu diserahkan selepas majlis perasmian Laman Media dan sidang media oleh Shamsul Annuar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Harakahdaily tidak pernah menghantar wakil medianya ke PAU walaupun Urusetia UMNO bersikap terbuka membenarkan mana-mana media hadir membuat liputan dengan syarat perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hubungan baik ini hasil daripada penyatuan ummah dan Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas pada September lalu.

Pas juga dikatakan akan menghantar delegasi pemerhati teramai pada PAU esok yang diketuai presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast