KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin PKR berkongsi gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sedang berbincang di pejabat Presiden PKR itu di bangunan Parlimen.
Azmin juga memuatnaik gambar tersebut berserta ciapan: “Bertemu dan berbincang bagi mengukuhkan perpaduan parti. Dengan perbincangan yang terbuka, segala masalah boleh diselesai.”
Turut berkongsi gambar pertemuan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Komunikasi PKR dengan ciapan: “Alhamdulillah. #Reformasi.”
Sebelum ini timbul cakap-cakap ‘ketegangan’ hubungan antara Anwar dan juga timbalannya Azmin termasuk kegagalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hadir ke mesyuarat biro politik parti itu. – MalaysiaGazette
Rakyat mengharapkan penyelesaian yg terbaik utk semua terutama ahli parti dan pendukong reformasi.