Azrul Osman Rani

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan pelantikan Azrul Osman Rani sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Beliau merupakan Ketua Pembangunan Komersial & Formasi Usahasama di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) bakal menggantikan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir.

Sebagai pemegang biasiswa Petronas, Azrul memulakan kariernya di bahagian Perniagaan Runcit PDB sebelum menyertai Malaysian International Trading Corporation Sdn. Bhd. (Mitco) untuk memasarkan pelbagai produk petrokimia untuk pasaran Indonesia.

Beliau menunjukkan gaya kepimpinan yang hebat sehingga diiktiraf sebagai salah seorang pengurus negara termuda yang pernah dilantik untuk menerajui pelbagai unit dalam Mitco dan bahagian-bahagian lain dalam Kumpulan Petronas.

Dari 2014 hingga 2018, Azrul menerajui rundingan strategik sehingga berjaya membentuk usahasama di antara Petronas dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast