TERKINI : UMNO Perlu Jadi Pelopor “Tolak Pakatan Harapan” – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan kepada kepemimpinan tiga sayap UMNO, mengenai perlunya mereka menggagalkan Pakatan Harapan (PH) daripada terus menerajui kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, semua ahli mesti menjadi pelopor dan berusaha bersungguh-sungguh dengan menjadikannya sebagai gerakan massa untuk mengajak rakyat menolak PH. “Rakyat kini benar-benar rasa tertipu, terpedaya, dibohongi dan dikencing oleh PH sepanjang 18 bulan menjadi kerajaan.

“Ternyata PH telah menggagalkan negara ini dan rakyatnya secara sistematik.

Mereka telah gagal dalam menunaikan janji, gagal mengurus negara ini dan gagal melaksanakan pembaharuan yang mereka janjikan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast