KUALA LUMPUR – UMNO Sabah diberi kebebasan menyenaraikan calon yang berpotensi dikemukakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Namun perkara paling utama, menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah memastikan calon terbabit tidak akan mengakibatkan UMNO berada dalam masalah.
“Terpulang kepada UMNO Sabah, pilihlah calon-calon jangan bagi satu nama yang dirasakan mempunyai intergriti yang baik yang tidak pula nanti mendatangkan masalah kepada parti dan mendapat sokongan daripada pengundi,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahkan UMNO akan bertanding pada PRK berkenaan.
Kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di parlimen itu baru-baru ini terbatal setelah calon parti Warisan Sabah (WARISAN), Karim Bujang mencabar keputusan tersebut di mahkamah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan Mesyuarat Khas bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.
Selain itu beliau turut ditanya tentang gesaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar Muafakat Nasional diinstitusikan bukan sahaja melibatkan UMNO dengan Pas bahkan bersama-sama komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN.
Jelas beliau, perkara tersebut perlu dipertimbangkan oleh UMNO dan Pas mengambil kira keperluan, kebaikan dan keburukannya terlebih dahulu.
Persetujuan semua ahli komponen BN juga tambah beliau perlu diperoleh kerana ia melibatkan gabungan semua parti di bawah BN.
“Kita belum buat apa-apa keputusan berkenaan tersebut. Terpulang kepada laporan jawatankuasa teknikal dua parti, UMNO dan Pas, kita akan bincang di peringkat jawatankuasa perundingan yang saya dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat apa baik apa tidak baiknya jika diinstitusikan ataupun kita tidak untuk jadikan satu parti.
“Kalau nak diinstitusikan macam mana pula, kalau BN satu parti gagasan parti satu ahli parti atau individual parti kalau BN kena berunding di peringkat BN kerana memerlukan konsensus semua perlu bersetuju. Nak kaji apa baik apa tidak baik,” ujarnya.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Ayoh org bumiputra SABAH..jangan beri undi kepada parti WARISAN…beri lah undi kamu kpd WARISAN jika kamu mahu SABAH di kuasai PTI dari philipina…PSS adalah agenda tersembunyi pemimpin utama WARISAN bagi menghalalkan kemasukan rakyat dari selatan philipina untuk tinggal di SABAH ada akan pasti cuba menguasai SABAH…lihat saja jawatan2 utama di negeri sabah siapakah yg menjawatnya sekarang…#KIMANIS TOLAK WARISAN