Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi barisan kempimpinan tertinggi barisan UMNO mengibarkan bendera pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, Perhimpunan Agung UMNO 2019 kali ini menyaksikan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang berbaju Melayu hijau muda masuk ke Dewan Merdeka bersama-sama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Seri Najib Razak, diiringi selawat junjungan ke atas nabi Muhammad SAW.

Beliau diberi penghormatan untuk mengambil tempat duduk di atas pentas bersama-sama dengan barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

Turut hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin lain lagi.

Majlis perasmian perhimpunan itu dihadiri kira-kira 5,603 perwakilan seluruh negara, termasuk 976 perwakilan Wanita, Pemuda (973) dan Puteri (960)

Kehadiran pemimpin Pas ini ke Perhimpunan Agung UMNO adalah yang pertama kali selepas kedua-dua parti itu memeterai Muafakat Nasional pada 14 September yang lalu.

Perhimpunan tahun ini yang bertemakan ‘UMNO- Sebuah Perjuangan’, merupakan tahun kedua parti itu sebagai pembangkang selepas UMNO dan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei tahun lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Nak tengok Zahid jadi imam sembahyang berjemaah dan Hadi mskmum..
    Itu penting untuk tengok hadi membelakangkan amanatnya..

Comments are closed.