JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan Kementerian Pendidikan mendapati penularan video murid menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku yang diubah ke Bahasa Mandarin hanya berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sebuah sekolah di Negeri Sembilan itu.

“Walaubagaimanapun, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ingin mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara termasuk lagu kebangsaan Negaraku dalam PdP mereka agar tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini tular di laman media sosial tentang lagu Negaraku dinyanyikan dalam versi Mandarin.

Sebuah video berdurasi 1:22 memaparkan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam sebuah kelas menggunakan bahasa Mandarin.

Menurut Dr Amin, KPM menegaskan bahawa lagu Negaraku tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekalipun semasa melaksanakannya dalam mana-manaa cara rasmi sekolah dan hendaklah mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Setakat nak beri kefahaman perlukah dinyanyikan sekali. Kan dah memadai dgn memberikan ‘running translation’ semasa Lagu Kebangsaan Negaraku itu dinyanyikan tanpa perlu menyanyikannya dlm bahasa cina. Apa, murid2 nih semua dah begitu fasih ke dgn Bahasa Melayu/Malaysia mereka? Kalau masih cakap pun pelat2, fokus dulu usaha tu pd menjadikan mereka fasih berbahasa Melayu termasuk fasih menyanyikan Lagu Kebangsaan tu. Apa, ada motif tersembunyi ke?

Comments are closed.