Muhammad Yusoff menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Sentul pagi tadi

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik Presiden PKR, Muhammad Yusoff Rawther hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat akuan bersumpahnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pukul 11.34 pagi tadi.

Menerusi laporan itu, Muhammad Yusoff turut mendakwa, keselamatannya kini mula terancam akibat pendedahan yang dibuat berhubung salah laku seks yang dilakukan oleh Anwar terhadap dirinya dalam insiden pada September tahun lepas.

Khamis lalu, Muhammad Yusoff mengadakan sidang media mendakwa seorang pemimpin politik melakukan perbuatan tidak bermoral terhadapnya.

Beliau membuat dakwaan itu melalui akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 November.

Sebelum ini, Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad turut membuat laporan polis terhadap Muhammad Yusoff menafikan tuduhan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Port Dickson.

Anwar yang juga suami kepada Timbalan Perdana Menteri telah menafikan dakwaan Muhammad Yusoff itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Musuh politik terutama pro pembangkang sentiasa melakukan apa sahaja untuk menumbangkan PH demi menjaga masa depan pemimpin-pemimpin mereka yang bermasalah

    • Tak payah nak tuduh2 lah..kalau nak kata musuh tu dlm PKR tu separuh musuh Anwar..tak caya blh tanya Azmin & Zuraida..tu belum lg luar PKR terutamanya geng2 mamak Medey dlm PBM

    • Lain kali buat research dulu baru komen Rahaman oiii kalau tak nanti jadi fitnah je 🙂

  2. Ko dlm politik klu stakat dgr ckp org lbh baik jga ank bini ko je, drpd duk nk beli puak2 ph yg bakal hncurkn ngara.. Msuk anwar jadi pm.. Hncur lh.. Anwar dah di dapti rembat jubur muhamad yusuf Pul.. Mcn ni ke nk jadi pm.. Harap2jgn bg anwar jadi pm..

Comments are closed.