Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR- Ketika ada sesetengah pihak menampilkan “bukti” bahawa lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin memang sudah wujud dalam buku sejarah Tahun Lima sejak 2015 lagi,  Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan buku berkenaan hanya memberi terjemahan kepada maksud lirik lagu kebangsaan sahaja.

Buku teks berkenaan bukan untuk kegunaan pelajaran muzik atau nyanyian.

“Adoi.. Nama buku pun buku sejarah. Bukan buku muzik.

“Buku sejarah itu memberi terjemahan apa maksud lirik lagu kebangsaan.

“Siapa suruh guna buku sejarah untuk menyanyi?

“Yang kau pergi menyanyi dari buku teks Sejarah buat apa?,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Tambah Najib, Menteri Pendidikan ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika ini adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

“Macam ni pun nak salahkan saya?

“Lagu kebangsaan perlu gunakan bahasa kebangsaan untuk menyanyi.

“Kalau nyanyi lagu kebangsaan Malaysia dalam bahasa Cina ke, Arab ke, Perancis ke, Tagalog ke atau mana-mana bahasa lain pun tak patut,” katanya lagi.

Sebuah laman Facebook Suara Rakyat hari ini mendedahkan buku teks yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan diluluskan Kementerian Pendidikan ketika pemerintahan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib.

Mereka juga mempersoalkan mengapa kerajaan ketika itu meluluskan buku teks yang mengandungi lirik lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. itu namanya cina terutamanya DAPig cina yang banggang. tak tahu buku sejarah dengan muzik. sebab tu menteri kewayangan bodaoh yang teramat sangat wekikiki week

Comments are closed.