KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Muhammad Yusoff Rawther esok susulan dakwaan dirinya dicabul Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, Muhammad Yusoff dipanggil untuk memberi keterangan susulan laporannya semalam serta akuan bersumpah (SD) yang mendakwa dia dicabul oleh bekas majikannya itu.
“Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan mengambil keterangan Muhammad Yusoff pada 1 tengah hari esok…peguamnya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, ” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, media melaporkan Muhammad Yusoff yang juga bekas pegawai penyelidik kepada Anwar hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaannya sekali gus membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap Anwar.
Laporan itu menyebut, Muhammad Yusoff bimbang dengan keselamatan dirinya yang diancam pihak tertentu.
Rabu lepas, Muhammad Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul presiden PKR 2 Oktober tahun lepas, bagaimanapun, perkara itu dinafikan Anwar yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada tarikh itu. – Bernama
Mashaallah tak ada kes lain ke.Asik-asik kes juburi je.Dag muak dan jelik dengan kes bagini .Tak tau nak cakap apa lagi .Hanya Allah sahaja yg tau betul ke fitnah.? .Malunya kes lubang najis ni.Wallahuaklam.