KUALA LUMPUR – Vell Paari anak kepada Tun S. Samy Vellu sedang memohon perisytiharan Mahkaman Tinggi untuk mengesahkan bapanya mengalami masalah mental.
Dalam permohonan itu, Vell Paari berkata, bapanya yang juga bekas Presiden MIC didiagnos mengidap dimensia (nyanyuk) akibat penyakit angin ahmar dua tahun lalu.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan bekas menteri kerja raya itu berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan diri berhubung dua tindakan undang-undang terhadapnya.
“Bagaimanapun, saya telah memfailkan permohonan sehingga sekarang. Tindakan yang difailkan terhadap bapa saya harus dipertahankan dan saya perlu diberi kuasa dengan betul oleh mahkamah. .
“Kerana dia mengalami demensia, ingatan ayah saya lemah dan dia ada masalah untuk mengingat kejadian tertentu.
“Kesannya, dia perlu dibantu mengurus hal peribadi dan kewangannya,” katanya dalam kenyataan dipetik dari portal FMT sambil menambah beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian selepas bapanya didiagnos.
Beliau juga berkata keadaan bapanya tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.
Vell Paari berkata, beliau dan ayahnya “tidak mempunyai kesukaran atau perbezaan dalam hubungan kami”.
Katanya, ibu dan kakaknya menyedari tentang permohonan itu dan menyokong langkah tersebut. – MalaysiaGazette