LAUSANNE – Rusia dikenakan larangan selama empat tahun daripada menyertai semua acara sukan utama oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

Ini bermakna bendera dan lagu kebangsaan Rusia tidak akan dibenarkan pada acara-acara seperti Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tetapi atlet-atlet yang mampu membuktikan mereka tidak dicemari dengan skandal doping akan dibenarkan bersaing di bawah bendera neutral.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Wada secara sebulat suara dalam satu mesyuarat di Lausanne, Switzerland.
World Cup in Qatar.

Keputusan itu dibuat selepas Agensi Anti Doping Rusia (Rusada) diisytiharkan tidak patuh selepas memanipulasi data makmal yang diserahkan untuk siasatan pada awal tahun ini.

Wada berkata, Rusada mempunyai 21 hari untuk merayu terhadap larangan itu.

Jika ia berbuat demikian, rayuan itu akan dirujuk kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (Cas).

Presiden Wada, Sir Craig Reedie berkata, keputusan itu menunjukkan tindakan tegas dalam menghadapi krisis doping Rusia.

“Sudah terlalu lama, doping Rusia telah menjejaskan sukan. Pelanggaran yang berlaku oleh pihak berkuasa Rusia menuntut tindak balas yang teguh.

“Inilah tindakan sepatutnya dibuat,” katanya.

Sejumlah 168 atlet Rusia bersaing di bawah bendera neutral pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang selepas negara itu diharamkan berikutan Sukan Olimpik 2014, yang menjadi tuan rumah di Sochi.

Atlet Rusia memenangi 33 pingat di Sochi, 13 daripadanya adalah emas.

Rusia telah dilarang bersaing sebagai negara dalam sukan sejak 2015.

Walaupun larangan itu, Rusia akan dapat bersaing pada Euro 2020 – yang mana St Petersburg akan menjadi bandar tuan rumah – sebagai badan pentadbir bola sepak Eropah, Uefa tidak ditakrifkan sebagai ‘organisasi acara utama’ berkaitan dengan keputusan mengenai pelanggaran anti-doping. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast