KUALA LUMPUR – “Apa yang kami mahukan adalah keadilan untuk dia (Muhammad Yusoff Rawther) dan polis sedang menyiasat ke arah itu.
“Jika apa yang dikatakan oleh Yusoff adalah benar maka polis akan bertindak dengan mengesyorkan apa jua tindakan kepada Jabatan Peguam Negara,” kata peguam Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla.
Beliau yang ditemui media selepas lapan jam mengiringi Yusoff memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman turut ditanya kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akuan bersumpah bekas penyelidiknya itu bermotifkan politik.
Mengulas lanjut, Haniff berkata, kesemua perkara itu adalah sebahagian kenyataan keterangan yang diberikan secara panjang lebar dan terperinci kepada polis untuk siasatan hari ini.
BACA: Datuk saudara Yusoff Rawther beritahu jangan layan fitnah
Katanya, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mendedahkannya kepada umum ketika ini kerana ia sebahagian daripada siastan yang sedang dikendalikan polis. Negara.
“Di satu lagi aspek, Yusoff bukan budak kecil dia sedar sekiranya tampil dengan kenyataan salah dan pembohongan dia akan menanggung akibatnya.
“Lagipun, dia sudah mengambil pendirian berani melaporkan kepada polis dan akuan bersumpah. Dan hari ini tampil bekerjasama memberi keterangan yang diperlukan polis dan polis siasat dalam semua peruntukan bermula dengan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
“Maka biar polis menyiasat secara adil dan telus serta tampil dengan kesimpulan kerana apa yang anak guam saya mahukan adalah keadilan di sisi undang-undang,” katanya.
TERKINI : Datuk Saudara Yusoff Rawther “Nasihat Jangan Layan Fitnah Cucunya” – Anwar Ibrahim
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pengambilan keterangan setakat ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan daripada Yusoff Rawther.
“Sudah selesai (rakam keterangan) untuk setakat ini, dan sudah memadai,” ujarnya apabila ditanya sama ada akan dipanggil untuk sambung rakam keterangan daripadanya ketika dihubungi MalaysiaGazette sebentar tadi.-MalaysiaGazette